Search

Bakar Akok Dengan Sabut Kelapa — Mat Salleh Cari Makan

  • Share this:

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kepelbagaian kuih muih yang sangat enak. Antara kuih yang terkenal di Kelantan adalah kuih akok. Ramuannya sama sahaja dengan bahulu, yang berbeza adalah nisbah antara ramuan tersebut sahaja.

Akok merupakan sejenis kuih yang berasaskan telur, santan dan tepung. Dibancuh bersama gula melaka dan daun pandan, akok dimasak secara tradisonal menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Sabut kelapa tersebut apabila dibakar menghasilkan asap yang beraroma menghasilkan kuih akok yang lebih wangi dan sedap.

Sedia maklum, kepelbagaian hidangan tradisional orang Melayu sememangnya bertunjangkan tumbuhan pokok kelapa. Menggunakan santan sebagai ramuan utama, sabut biji kelapa tersebut dijadikan pula bahan bakar. Tiada pembaziran dalam proses memasak kuih akok ini.

Saya ke gerai kuih Kak Nab, yang terletak berhadapan stesen minyak Petron, Kampung Kepulau, Tumpat untuk mempelajari proses pembuatan kuih akok.

Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia
Follow & Like Page Facebook Bridgestone Tyre Malaysia sekarang:
https://www.facebook.com/BridgestoneTyreMalaysia


Tags:

About author
not provided
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan... From UK ?? now in Malaysia ?? #matsallehcarimakan
View all posts